iklan

Followers

16/08/2011

JANGAN KAHWIN YANG 6




Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak. 


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. 

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. 

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam. 

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin


14/08/2011

Jenis-jenis Manusia dan Couple



Awek cun + balak hensem
Couple ni rilek ja....org tgk pun nmpk senang n yg jeles pun ada..huhuhu

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem.
balak ni selalunya msti akan rs bangga sbb dpt awek cun.kdg2 mesti pkai spek itam konon2 nk bagi balance ar.sk buat lwk nk tambat ati awek dia dan selalunya dompet balak ni mesti tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Awek ni kalau kuar ngn balak dia mesti pegang tgn kuat2 punya taknak lepas.selalunya awek jns ni sgt2 cemburu n kalau tgk pmpn cun lalu ja sebelah balak dia,mesti buat jelingan maut punya...

Awek tak cun + balak tak hensem
tak da sapa pun peduli couple ni..no komen...

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seorang lelaki msti bangga bila dpt dikelilingi dgn sekumpulan pmpn. Selalunya lelaki ni akan buat lawak yag tak seberapa lwk tapi dpt tgk pmpn2 tu punya gelak mcm tgk prsembhn Raja Lawak!

Awek cun berpakaian seksi
Mesti akan dapat tumpuan org ramai,tapi dia tak kisah pun.Mmg dia buat utk tayangan umum.

Awek tak cun berpakaian seksi
Waaaahhh!!! tobat cepat sblm dgr kata2 pedas org ramai."dh la tak lawa, pakai seksi plak!". Selalunya awek jns ni merasakan dgn berpakaian seksi membuatkan mereka rs cantik.Yela,dpt tumpuan. Bukan tgk dia pun,tgk barang dia

cinta itu bahagia bukan terseksa

11/08/2011

How to tell a woman you like her



1) Get inspired. Look back on the times when you enjoyed being
around her, discovered that you have a lot in common, or realised
that you had tremendous respect for her.

2) Put yourself in her shoes. Based on what you know about her,
imagine what language or situations might make her uncomfortable,
and avoid them. If you are unsure, err on the side of caution. Avoid
overemphasising the appeal of her physical appearance.

3) Choose an appropriate venture for your disclosure, so that you
can avoid embarassmant and awkwardness. Take her sailing, and say it
admist the waters...

4) Make yourself clear. You don't have to be cryptic to be tactful.
Rather than wrapping your feelings of romance in a riddle, clearly
convey your atraction.

5) Keep the door open for a response, without putting pressure on
her. Let her know that you want to remain friendly, even if you do
not develop a closer relationship.

6) Give your declaration some time to sink in. It may take a few
days or even weeks. Once you start counting the months go by, you
can safely bet she is not interested.

03/08/2011

tanda si dia teman sejiwa


SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya?

Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan. Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan.

Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka.
Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal.
Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.

*** Membaca tanda
Penantian seribu penyeksaan. Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka.
Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin.
Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya.
Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu.
Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu?
Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.

Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.
Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan.

Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

Girl kata maknanya??


1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu.

30/07/2011

JoM coNtoHi RasululLah.


Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..... .....

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).Mandi bersama isteriDari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".( Hadis Riwayat Ahmad ).Meminta isteri meminyaki badanDari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan."( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi

29/07/2011

bersyukurlah



Ada seorang lelaki mendatangi gurunya dan berkata, "Guru, bantulah aku!Rumahku adalah neraka! Kami tinggal dalam satu bilik iaitu isteriku, anak2ku,menantu2ku, dan aku sendiri. Sungguh seperti neraka! Tidak ada lagi cukup ruang untuk kami semua ".
"Baiklah, aku akan membantu, tapi kau harus berjanji untuk melakukan apa-apayang aku minta." Jawab si guru tersebut.
Pemuda itu menjawab, "Baik, saya berjanji untuk melakukan apa yang guruminta".
"Ada berapa banyak haiwan kesayangan yang kau miliki", tanya si guru.
Jawab pemuda tersebut, "seekor lembu, seekor kambing dan seekor ayam".
Kata guru tersebut, "sekarang, taruhlah semua haiwan peliharaanmu itudikamarmu dan datanglah seminggu lagi ke sini".
Pemuda itu pun melakukan semua perintah guru tersebut. Seminggu kemudian ia datang lagi dan berkata, "aku menjadi gila! aku boleh kena stroke. Engkau harusmelakukan sesuatu ... "
"Pulanglah dan keluarkan semua binatang itu dan seminggu selepas itu datanglahkembali" jawab guru.
Seminggu kemudian ia datang kembali. "Guru, rumahku sungguh indah dan bersih sekarang. Seperti syurga rasanya! "
merangkak, berjalan, hotel ... ... ... terbang dan kembali pada kesejatian