iklan

Followers

31/03/2011

KECANTIKAN WANITA


Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya
Hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar iman dan akhlaknya

19/03/2011

Kekayaan jiwa


“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa.”
(Hadis Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)


Kekayaan jiwa

Amalan di bawah adalah sebahagian amalan yang dipraktik oleh seseorang yang memiliki kekayaan jiwa seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim:
1. Seorang yang hanya mengingini keredhaan Allah semasa mencari kekayaan hingga menggunakan harta kekayaannya.
2. Tunduk dengan segala hukum Allah. Beliau memastikan segala syariat dipatuhi semasa memburu kekayaan.
3. Menerima segala ketentuan Allah dengan kerelaan hati. Bahkan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi biarpun sedikit serta bersabar menghadapi sebarang dugaan hidup.
4. Mengelakkan diri daripada terjerumus dengan sumber haram atau perkara yang dilarang.
5. Mengelakkan diri daripada sebarang permusuhan dengan orang lain.
6. Menjauhi daripada tenggelam dengan nafsu syahwat. Beliau tidak dilalaikan atau disibukkan dengan urusan kebendaan tetapi sibuk dengan beribadah. Sabda nabi; “Hai Bilal, hiburkanlah kami dengan solat”. (Abu Daud)
7. Mengelakkan diri daripada tenggelam dengan sifat riya’, takabur (besar diri), ujub dan mengharapkan pujian manusia.
8. Menggunakan harta untuk mendekatkan diri dengan Allah, menafkahkan harta pada jalan Allah dan membangunkan ketinggian agama.

Semoga daripada penjelasan di atas seseorang muslim sewajarnya memiliki kekayaan jiwa yang sebenar supaya kekayaan harta yang dimiliki akan memberi kebahagian kepadanya di dunia dan akhirat dan yang utama memberi kebaikan kepada agama dan perkembangan dakwah.

01/03/2011

kasih ibu

video
makin lama aku tinggal kat negeri orang makin aku rindu kat kampung..tapi yang aku paling rindu ialah ibuku..aku sangat mencintainya..bila la boleh balik jumpa dia ni..tak tahan dah ni..