iklan

Followers

23/05/2011

adakah si dia meminati mu

assalamualaikum
kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki.kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku seseorang lelaki kepada dirinya.oleh itu,sekiranya anda ingin mengetahuinya,bacalah post ini..
Langkah si dia cuba mendekatimu..

  1. si dia akan membelanja anda makan atau minum.
  2. si dia ingin meminjam sesuatu daripada anda atau meminta bantuan daripada anda. Ini akan membuatkan si dia berasa dekat dengan anda.
  3. si dia akan mengajak anda menemaninya keluar bersiar-siar atau membeli belah yang mana langkah ini akan membuatkan anda menerimanya.
  4. si dia mula bertanyakan tentang keluarga anda dan dalam masa yang sama si dia akan bercerita tentang keluarganya. topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing-masing.
  5. si dia akan sentiasa bertanya khabar anda,dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi.
  6. si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dari seorang rakan.
  7. si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah sayang dan cinta.
teruskan hubungan dengannya jika si dia..
  1. si dia tidak gopoh gapah untuk menjalinkan hubungan dengan anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar dan tidak gopoh-gapah.
  2. si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan minum dan sebagainya.
  3. si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
  4. si dia tidak berkira walaupun anda dan dia baru berkenalan , si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda. 
  5. si dia ingin sentiasa membahgiakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. 
  6. si dia ingin sentiasa memberikan anda kenangan yang indah.
  7.  si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal dan nombor telefon agar hubungan anda dan si dia tidak berakhir di situ sahaja.
  8.  si dia berterus terang mengenai statusnya sma ada sudah mempunyai teman istimewa ataupun single.
  9. si dia juga tidak kisah anda membaca sms atau membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
  10. apabila ada masa terluang si dia pasti akan menghubungi anda dan memberitahu anda tentang aktivitinya. 


Hati2 dengan si dia jika...

  1. si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn...?
  2. mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  3. ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  4. agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  5. si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya. 
  6. si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..? 
  7. si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata " saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya". Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la.
  8. si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.




        No comments:

        Post a Comment